Followers

Monday 30 July 2012

janji ditepati


Sapa lagi rakus... anwar @ khalid..


PAS Dengan Jelas Memilih Negara Kebajikan – Karpal Singh


KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh berkata pada Isnin sebarang cubaan PAS sekarang untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas di sebalik apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas.
Beliau berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Muktamar ke 57 parti itu Jun tahun lepas secara umum menyatakan bahawa tidak ada disebut negara Islam dalam al-Quran tetapi negara kebajikan.
“Ini mencerminkan tanpa sedikit keraguanpun bahawa PAS telah melupakan matlamatnya untuk menubuhkan sebuah negara Islam. PAS, dengan jelas memilih sebuah negara kebajikan,” kata Karpal dalam satu kenyataann di sini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi mengenai pendirian konsisten Karpal menolak hudud.
Karpal berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat pada 8 Jun tahun lepas melaporkan dalam New Straits Times bahawa keputusan PAS mengubah fokus kepada sebuah negara kebajikan dan mengetepikan istilah negara Islam adalah langkah yang betul.
Karpal berkata Hudud tidak termasuk dalam kerangka dasar bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga.
“Begitu juga, ia tidak akan termasuk dalam manifesto bersama Pakatan Rakyat, tidak mungkin,” katanya.
Beliau berkata: “Tidak ada siapa, tidak ada parti, tidak juga organisasi yang boleh mendakwa mempunyai monopoli terhadap Tuhan.
“Saya perlu tegaskan dengan segala kekuatan yang ada pada saya, bahawa saya percaya terhadap Tuhan,” ujar Karpal. - BERNAMA

Sunday 29 July 2012

Ini Bahayanya Jika Sering Tidur Bersama Kucing Atau Haiwan Peliharaan Lain, Waspada



Zhou adalah gadis pecinta haiwan, kerana cintanya selalu tidur bersama haiwan peliharaannya iaitu kucing dan anjing. Tapi suatu hari ia demam dan menjadi lumpuh. Doktor yang memeriksa mengatakan ia terkena parasit dari haiwan peliharaannya.

Zhou (21 tahun) yang berasal dari China ditemui lumpuh setelah tulang-tulangnya lemah kerana dijangkiti parasit dari haiwan peliharaannya. Zhou telah bertahun-tahun menderita demam secara tetap dan kemudian kaki bawahnya mulai tidak boleh digerakkan seperti dipetikr dari chinadaily, Khamis (22/3/2012).

Doktor Hospital Zhu Jiang melakukan pemeriksaan dan menyatakan bahawa Zhou dijangkiti parasit jenis Echinococcosis. Sejenis parasit yang dapat berkembang dalam tubuh manusia dan mamalia lain, seperti kambing, anjing, tikus, dan kuda.

Parasit Echinococcosis yang hidup pada haiwan kesayangan adalah jenis Echinococcus granulosus. Iaitu berupa cacing pita dengan panjang 3-6 mm.

Cacing dewasa ini hidup melekat pada usus halus haiwan mamalia. Kemudian ketika cacing-cacing tersebut bertelur, akan ikut keluar bersama najis dari mamalia yang ditumpanginya.

Jika telur cacing pita ditelan oleh manusia, maka telur akan menetas dalam tubuh manusia. Cacing-cacing tersebut dapat menembusi dinding usus dan boleh menjangkiti organ dalam manusia seperti hati, paru, otak, buah pinggang, limpa, otot dan tulang.

Zhou mungkin telah dijangkiti oleh parasit haiwan peliharaannya sejak kecil. Tulang-tulangnya telah terhakis oleh gigitan dari parasit selama bertahun-tahun.

Para ahli mengatakan parasit boleh menjangkiti anak-anak melalui interaksi dengan haiwan kesayangan. Keluarga dengan ibu hamil atau anak-anak disyorkan untuk menempatkan haiwan peliharaannya dalam kandang.



sumber.Detik.Com.
Tags: 

Hari Kemerdekaan 2012: Tiada logo rasmi

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia, sepertimana sambutan pada tahun lalu. 

Beliau berkata, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati". 

"Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Rais berkata, akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 September. 

Ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan "55 Merdeka Janji Ditepati", hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi. - BERNAMA

Saturday 28 July 2012

Artis@Ustad Bob TAWAR diri Bertanding dalam PRU...?



Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.
Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam.

"Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara.

Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum layak menjadi calon parti itu.

"Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU. Biarlah mereka dicalonkan kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan," katanya.

Ditanya pandangannya mengenai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) sebelum menjelangnya PRU13, Bob yakin terdapat peningkatan ketara pengundi menyokong parti itu.
 
Menurutnya, PR diramal berjaya menawan beberapa negeri lagi berdasarkan trend pengundi masa kini yang inginkan perubahan politik dalam negara."Kalau tidak menang semua pun, kami tak akan kalah semua.

Saya lihat politik hari ini jauh berbeza berbanding dahulu. Sejak saya tiba di Pahang,Johor dan tempat majoritinya Barisan Nasional (BN), sudah ada petanda betapa ramainya penyokong PR di negeri-negeri tersebut,"katanya. - MPP

Friday 27 July 2012

PAS Amal Taktik Hudud Untuk Pancing Undi – Mustapa Mohamed


MACHANG - Tindakan PAS kembali mencanang pelaksanaan hukum hudud adalah strategi parti itu untuk memancing undi bagi pilihan raya umum Ke-13, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yakin PAS tidak mungkin menunaikan janji itu kerana anggota parti pakatan pembangkang terutama DAP akan menentangnya.
“PAS berjanji tanpa sebarang persiapan…dan ini bukan perkara baru. Mungkin ada rancangan untuk memancing undi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program kementerian itu mendekati penuntut universiti di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang di sini, Khamis.
Mustapa berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS, semalam yang mengulangi pendirian parti itu akan memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.
Mustapa berkata rakyat perlu sedar bahawa penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud bukan lagi keutamaan PAS kerana kini parti itu telah menggantikan matlamatnya untuk menubuhkan negara Islam kepada konsep negara kebajikan.
– BERNAMA

Tuesday 17 July 2012

JOMO MALAYA: Gossip Panas! Dua 'Wanita' Penyokong PAS...?

JOMO MALAYA: Gossip Panas! Dua 'Wanita' Penyokong PAS...?: 1 2 kedua-duanya punyai ciri-ciri WANITA yang dicari untuk CARI undi dalam Pilihanraya akan datang... Dua-dua dapat restu Nik Aziz....

Antara Feakah dan Tee Boon Hock

Antara Feakah dan Tee Boon Hock sapa di hati MB..
Pepecahan antara Kem Tan Sri Khalid Vs Azmin Ali

Isu Pawagam di Kuala Selangor

Sekali lg YB Ronnie liu ....


Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Asiah Ali mahu pemimpin tertinggi parti itu bertindak tegas dalam pelaksanaan garis panduan yang melarang individu bukan muhrim duduk bersama dalam panggung wayang.“Bagi saya perkara yang libatkan hukum kita tidak boleh bertolak ansur, kita perlu menunjukkan komitmen kita agar rakyat boleh menilai. Perkara ini perlu dibawa kepada perbincangan di peringkat negeri,”


Ronnie Liu, Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan Kerajaan Negeri Selangor   menangguhkan penguatkuasaan peraturan itu apabila mendapat tahu syarat mengenakan syarat pengasingan pasangan muslim yang bukan muhrim di sebuah pawagam di Kuala Selangor sebagai syarat untuk memperbaharui lesen perniagaannya.“Saya ingin menegaskan bahawa di Selangor kita tidak menggalakkan apa-apa polisi ataupun akta yang berunsur double standard,” katanya yang memaklumkan telah mengarahkan kepada Yang Dipertua MDKS untuk ‘menangguhkan’ pelaksanaan tersebut.

*PAS dan DAP tidak sependapat dalam menetapkan peraturan...