Melihat senario ini, rasanya macam ada yang tak kena dengan kepimpinan di pihak Pakatan rakyat. mereka seolah-olah sedang bersaing sesama sendiri. banyak perkara yang mereka lakukan bersama tapi ada sesuatu tujuan yang berbeza. bak kata pepatah ada udang disebalik batu,duri dalam daging atau lebih tepat lagi musuh dalam selimut. dalam masa yang sama mereka cuba menikam sesama mereka untuk mendapatkan tempat di parti masing-masing.
mereka seakan-akan berangan-agan yang mereka akan menang untuk piliharaya akan datang. nasihat kepada sahabat-sahabat sebelah sana jangan gelojoh sangat. Ingat, jangan sampai buang air ditempayam bila dah dengar guruh dilangit
Followers
Tuesday, 19 February 2013
Friday, 4 January 2013
Friday, 28 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
Kelantan tangguh penguatkuasaan syarat lesen kedai gunting bukan Islam
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu yang berkuat kuasa serta-merta, diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan.
Katanya dengan penangguhan itu semua kedai gunting rambut wanita dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat-syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) tersebut.
“Penangguhan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pimpinan dua organisasi terbesar masyarakat Cina negeri ini minggu lepas,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di Kota Darulnaim hari ini.
Akhbar baru-baru ini melaporkan keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, yang mendakwa disaman 11 kali oleh PBT sejak 2010 kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.
Akibatnya, beliau didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting menghadapi perkara sama.
Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilapor berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.
Ditanya sama ada keputusan menangguhkan pelaksanaan penguatkuasaan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Takiyuddin berkata sudah pasti setiap tindakan ada kaitan dengan pilihan raya. — Bernama
laskar::
Monday, 19 November 2012
Sunday, 4 November 2012
MPS, pemaju digesa henti kondo 29 tingkat dekat kuil Batu Caves

R. Nadarajah bercakap pada sidang media pagi tadi.
KUALA LUMPUR - Pengurusan kuil Batu Caves hari ini mendesak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pemaju Dolomite Park Avenue supaya menghentikan segera semua kerja pembangunan kondominium 29 tingkat berhampiran pusat beribadat masyarakat Hindu yang popular itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Batu Caves, Datuk R. Nadarajah berkata, pihaknya mengambil pendirian itu kerana bimbang jika projek tersebut diteruskan akan menjejaskan struktur rumah ibadat yang terletak kurang 100 meter dari tapak projek.
"Kita akan meminta MPS dan pihak pemaju supaya menghentikan kerja-kerja pembangunan dalam tempoh satu bulan sebelum pihaknya mengambil tindakan undang-undang bagi menghalang projek tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan satu protes aman di pekarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam di Batu Caves dekat sini, hai ini.
Turut hadir pemimpin-pemimpin MIC termasuk bekas Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu.
Projek itu dilaksanakan di sebelah kanan kawasan kuil.
Katanya, Isnin ini beliau akan berbincang dengan jawatankuasa kuil dan mendapatkan nasihat guaman serta pihak alam sekitar sebelum tindakan undang-undang diambil ke atas semua pihak yang bertanggungjawab termasuklah MPS, pemaju dan Kerajaan Negeri Selangor.
Seramai 300 penyokong kuil Batu Caves hadir menyatakan bantahan projek itu sambil memegang sepanduk yang tertera ungkapan "Stop".
Dakwa Nadarajah lagi, pihaknya tidak pernah dimaklumi MPS sama ada melalui surat mahupun lisan tentang projek perumahan mewah itu sehinggalah beliau mengetahuinya sendiri setelah terlihat papan tanda projek itu diletakkan berhampiran kuil tersebut.
"Patung Lord Murugan tertinggi di dunia itu akan diancam kemusnahan disebabkan tapak cadangan projek kurang 300 kaki (100 meter).
"Jika diteruskan projek itu, keindahan alam sekitar dan hidupan liar dalam kawasan batu kapur ini akan terancam malah pelancong juga akan terdedah kepada terkena objek yang jatuh dari tapak projek dan boleh mencederakan mereka," ulasnya.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Selangor, A. Kohilan Pillay berkata, kelulusan projek terbabit dikeluarkan Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu pada 26 Jun 2008.
"Kerajaan Negeri harus bertanggungjawab di atas perkara ini kerana kelulusan dikeluarkan setelah Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor," katanya yang turut menghadiri pertemuan hari ini.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, kelulusan merancang projek itu dikeluarkan pada 2007, namun kerajaan negeri tidak patut lepas tangan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Luar berkata, kelulusan pemasaran dan jualan unit kondo itu pula dikeluarkan pada Julai lepas.
Dalam pada itu, Samy Vellu yang turut hadir pada protes aman itu menegaskan, dalam hal ini menyalahkan mana-mana pihak tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya pihak kuil harus mengambil tindakan mahkamah menghalang terus projek itu daripada menjejaskan tapak warisan negara dan ekologi persekitrannya.
"Kita akan minta Datuk S. Subramaniam untuk campur tangan dan menghantar memorandum sokongan menghentikannya," katanya
Tuesday, 16 October 2012
DS Najib menyelesaikan Konflik 40 tahun antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)
Kemelut yang berlaku diselatan Filipina sudah sampai keakhirnya... Kemelut yang ebrlaku selama 40 Tahun dan melibatkan 150 ribu kematian ini telah melakar sejarahnya sendiri bilamana kedua belah pihak Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menandatangani kerangka perjanjian damai secara rasmi di Istana Malacanang pada 15 Oktober 2012...
Menariknya di sini penglibatan Malaysia sebagai pihak pendamai mencuri tumpuan ramai pihak termasuk pihak antarabangsa... Komitmen yang ditunjukkan oleh Pemimpin Negara memberi harapan baru kepada semua pihak...
Menurut Perdana Menteri Malaysia "Rakyat selatan Filipina telah menerima segala-galanya dalam memilih keamanan daripada konflik, kestablian ke atas keadaan huru-hara dengan kedua-dua pihak menyatakan kepercayaan masing-masing bukan sahaja dalam prinsip demokrasi, keadilan dan toleransitetapi juga aplikasi mereka dalam khidmat mencapai kebaikan yang lebih besar," katanya.
"Sejak beberapa dekad, Malaysia menjadi rumah kepada beribu-ribu penduduk mencari perlindungan daripada pergolakan itu. Generasi mereka tumbuh di negara kami, jauh daripada tanah pusaka mereka. Ia menjadi harapan kami bahawa perjanjian ini akan memulangkan semula tahanair kepada mereka. Bagi Mindanao, tidak akan lagi ada kehilangan generasi," kata Najib.
Pengorbanan Malaysia sangat besar ertinya kepada kerajaan Filipina dan penduduk Islam di Moro... Kenyataan Perdana Menteri itu juga disambut dengan baik oleh menteri pertahanan Malaysia Dato Seri Zahid Hamidi dengan menyatakan ianya juga memberi manfaat besar kepada malaysia terutamanya Negeri Sabah dalam menangani dan menyelesaikan isu kehadiran pendatang tanpa izin ke negeri ini...
Pemimpin BN bila bekerja tidak bermegah-megah semacam pemimpin PKR... Alhamdulillah berkat usaha berterusan terutamanya kementerian yang terlibat seperti Kementerian luar dan Kementerian Pertahanan dan berkat ketentuan yang maha Besar pemimpin kita dapat membantu saudara seagama kita di sana...
Voice of Laskar:: Memperjuangkn islam bukan dari mulut dan utk org tertentu sahaja, Ds Najib telah membuktikan bahawa perjuangan murni ini untuk semua umat islam di serata benua.. kami bangga mempunyai pemimpin seperti DS Najib.
Voice of Laskar:: Memperjuangkn islam bukan dari mulut dan utk org tertentu sahaja, Ds Najib telah membuktikan bahawa perjuangan murni ini untuk semua umat islam di serata benua.. kami bangga mempunyai pemimpin seperti DS Najib.
Subscribe to:
Posts (Atom)






