Followers

Friday 27 July 2012

PAS Amal Taktik Hudud Untuk Pancing Undi – Mustapa Mohamed


MACHANG - Tindakan PAS kembali mencanang pelaksanaan hukum hudud adalah strategi parti itu untuk memancing undi bagi pilihan raya umum Ke-13, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yakin PAS tidak mungkin menunaikan janji itu kerana anggota parti pakatan pembangkang terutama DAP akan menentangnya.
“PAS berjanji tanpa sebarang persiapan…dan ini bukan perkara baru. Mungkin ada rancangan untuk memancing undi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program kementerian itu mendekati penuntut universiti di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang di sini, Khamis.
Mustapa berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS, semalam yang mengulangi pendirian parti itu akan memperjuangkan hukum hudud walaupun tidak dipersetujui DAP.
Mustapa berkata rakyat perlu sedar bahawa penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud bukan lagi keutamaan PAS kerana kini parti itu telah menggantikan matlamatnya untuk menubuhkan negara Islam kepada konsep negara kebajikan.
– BERNAMA

No comments:

Post a Comment