Followers

Thursday 6 September 2012

UMNO bela maruah Islam


Machang: Datuk Seri Najib Razak berkata, UMNO akan membawa Islam ke arah
 kemajuan, bukan seperti Islam diperjuangkan PAS. 

Perdana Menteri berkata, UMNO juga mahu menebus maruah Islam dan meletakkannya 
di landasan yang tepat. Kita mahu menebus maruah Islam dan bukan Islam yang dipermainkan. Datuk Seri Hadi Awang (Presiden PAS) pernah berjanji menegakkan hudud di Terengganu sebaik saja fajar menyingsing (ketika PAS memerintah Terengganu), tapi akhirnya ia tidak dilaksanakan. 


Islam sebagai model 
Ambo (saya) ingin melihat angin perubahan di Kelantan. Islam sebagai satu model. Kita juga bawa perjuangan Islam, kita tidak mahu Islam yang mana hudud dijual sebagai model pilihan raya, katanya pada Majlis Jom Beraya Bersama Perdana Menteri, di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah, di sini semalam. Majlis itu mendapat sambutan apabila lebih 30,000 rakyat hadir. Najib juga mengumumkan projek membaik pulih 200 rumah di daerah itu dan memberi duit raya kepada anak yatim daripada Asrama Bakti Machang. Najib juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana mengutuk pembuatan memijak gambarnya ketika Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam 31 Ogos lalu. 

Utama perpaduan
 Saya mengutus surat peribadi kepada Tok Guru dengan mengucapkan terima kasih. Walaupun berbeza pendapat, kita boleh sepakat mengenai kepentingan umat Islam dan perpaduan, katanya. Najib juga menegaskan isu bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa bersamanya ketika di Makkah baru-baru ini adalah untuk mencari kata sepakat bagi kepentingan umat Islam sedunia. Mengulas mengenai Kelantan, Najib berkata, kemahuan rakyat negeri itu akan dimasukkan dalam manifesto dan akan diperjuangkan apabila Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya umum nanti. Kita masukkan apa saja yang rakyat Kelantan mahukan dan kita akan pastikan perkara itu satu janji yang ditepati apabila BN memerintah nanti, katanya. Perdana Menteri kagum dengan semangat rakyat beberapa negeri terhadap sambutan program UMNO dan BN yang menunjukkan rakyat memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap BN

No comments:

Post a Comment