Followers

Wednesday 12 December 2012

Kelantan tangguh penguatkuasaan syarat lesen kedai gunting bukan Islam



KOTA BAHARU  – Kerajaan PAS Kelantan menangguhkan penguatkuasaan syarat-syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baru-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik bukan Islam.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata penangguhan itu yang berkuat kuasa serta-merta, diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan.
Katanya dengan penangguhan itu semua kedai gunting rambut wanita dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat-syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan (PBT) tersebut.
“Penangguhan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan hasil perjumpaan wakil kerajaan negeri dengan pimpinan dua organisasi terbesar masyarakat Cina negeri ini minggu lepas,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di Kota Darulnaim hari ini.
Akhbar baru-baru ini melaporkan keluhan seorang pengurus kedai gunting rambut di Kota Baharu, yang mendakwa disaman 11 kali oleh PBT sejak 2010 kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam.
Akibatnya, beliau didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting menghadapi perkara sama.
Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi DAP Karpal Singh yang dilapor berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.
Ditanya sama ada keputusan menangguhkan pelaksanaan penguatkuasaan itu ada kaitan dengan pilihan raya umum ke-13, Takiyuddin berkata sudah pasti setiap tindakan ada kaitan dengan pilihan raya. — Bernama

laskar:: 

Sunday 4 November 2012

MPS, pemaju digesa henti kondo 29 tingkat dekat kuil Batu Caves



Kuil Batu Caves
R. Nadarajah bercakap pada sidang media pagi tadi.
KUALA LUMPUR - Pengurusan kuil Batu Caves hari ini mendesak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan pemaju Dolomite Park Avenue supaya menghentikan segera semua kerja pembangunan kondominium 29 tingkat berhampiran pusat beribadat masyarakat Hindu yang popular itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Batu Caves, Datuk R. Nadarajah berkata, pihaknya mengambil pendirian itu kerana bimbang jika projek tersebut diteruskan akan menjejaskan struktur rumah ibadat yang terletak kurang 100 meter dari tapak projek.
"Kita akan meminta MPS dan pihak pemaju supaya menghentikan kerja-kerja pembangunan dalam tempoh satu bulan sebelum pihaknya mengambil tindakan undang-undang bagi menghalang projek tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan satu protes aman di pekarangan Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam di Batu Caves dekat sini, hai ini.
Turut hadir pemimpin-pemimpin MIC termasuk bekas Presidennya, Datuk Seri S Samy Vellu.
Projek itu dilaksanakan di sebelah kanan kawasan kuil.
Katanya, Isnin ini beliau akan berbincang dengan jawatankuasa kuil dan mendapatkan nasihat guaman serta pihak alam sekitar sebelum tindakan undang-undang diambil ke atas semua pihak yang bertanggungjawab termasuklah MPS, pemaju dan Kerajaan Negeri Selangor.
Seramai 300 penyokong kuil Batu Caves hadir menyatakan bantahan projek itu sambil memegang sepanduk yang tertera ungkapan "Stop".
Dakwa Nadarajah lagi, pihaknya tidak pernah dimaklumi MPS sama ada melalui surat mahupun lisan tentang projek perumahan mewah itu sehinggalah beliau mengetahuinya sendiri setelah terlihat papan tanda projek itu diletakkan berhampiran kuil tersebut.
"Patung Lord Murugan tertinggi di dunia itu akan diancam kemusnahan disebabkan tapak cadangan projek kurang 300 kaki (100 meter).
"Jika diteruskan projek itu, keindahan alam sekitar dan hidupan liar dalam kawasan batu kapur ini akan terancam malah pelancong juga akan terdedah kepada terkena objek yang jatuh dari tapak projek dan boleh mencederakan mereka," ulasnya.
Sementara itu, Pengerusi Gerakan Selangor, A. Kohilan Pillay berkata, kelulusan projek terbabit dikeluarkan Kerajaan Negeri Selangor melalui Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu pada 26 Jun 2008.
"Kerajaan Negeri harus bertanggungjawab di atas perkara ini kerana kelulusan dikeluarkan setelah Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor," katanya yang turut menghadiri pertemuan hari ini.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, kelulusan merancang projek itu dikeluarkan pada 2007, namun kerajaan negeri tidak patut lepas tangan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Luar berkata, kelulusan pemasaran dan jualan unit kondo itu pula dikeluarkan pada Julai lepas.
Dalam pada itu, Samy Vellu yang turut hadir pada protes aman itu menegaskan, dalam hal ini menyalahkan mana-mana pihak tidak akan menyelesaikan masalah, sebaliknya pihak kuil harus mengambil tindakan mahkamah menghalang terus projek itu daripada menjejaskan tapak warisan negara dan ekologi persekitrannya.
"Kita akan minta Datuk S. Subramaniam untuk campur tangan dan menghantar memorandum sokongan menghentikannya," katanya
sumber sinar harian

Tuesday 16 October 2012

DS Najib menyelesaikan Konflik 40 tahun antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)






Kemelut yang berlaku diselatan Filipina sudah sampai keakhirnya... Kemelut yang ebrlaku selama 40 Tahun dan melibatkan 150 ribu kematian ini telah melakar sejarahnya sendiri bilamana kedua belah pihak Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menandatangani kerangka perjanjian damai secara rasmi di Istana Malacanang pada 15 Oktober 2012...

Menariknya di sini penglibatan Malaysia sebagai pihak pendamai mencuri tumpuan ramai pihak termasuk pihak antarabangsa... Komitmen yang ditunjukkan oleh Pemimpin Negara memberi harapan baru kepada semua pihak...

Menurut Perdana Menteri Malaysia "Rakyat selatan Filipina telah menerima segala-galanya dalam memilih keamanan daripada konflik, kestablian ke atas keadaan huru-hara dengan kedua-dua pihak menyatakan kepercayaan masing-masing bukan sahaja dalam prinsip demokrasi, keadilan dan toleransitetapi juga aplikasi mereka dalam khidmat mencapai kebaikan yang lebih besar," katanya.

"Sejak beberapa dekad, Malaysia menjadi rumah kepada beribu-ribu penduduk mencari perlindungan daripada pergolakan itu. Generasi mereka tumbuh di negara kami, jauh daripada tanah pusaka mereka. Ia menjadi harapan kami bahawa perjanjian ini akan memulangkan semula tahanair kepada mereka. Bagi Mindanao, tidak akan lagi ada kehilangan generasi," kata Najib.

Pengorbanan Malaysia sangat besar ertinya kepada kerajaan Filipina dan penduduk Islam di Moro... Kenyataan Perdana Menteri itu juga disambut dengan baik oleh menteri pertahanan Malaysia Dato Seri Zahid Hamidi dengan menyatakan ianya juga memberi manfaat besar kepada malaysia terutamanya Negeri Sabah dalam menangani dan menyelesaikan isu kehadiran pendatang tanpa izin ke negeri ini...

Pemimpin BN bila bekerja tidak bermegah-megah semacam pemimpin PKR... Alhamdulillah berkat usaha berterusan terutamanya kementerian yang terlibat seperti Kementerian luar dan Kementerian Pertahanan dan berkat ketentuan yang maha Besar pemimpin kita dapat membantu saudara seagama kita di sana...

Voice of Laskar:: Memperjuangkn islam bukan dari mulut  dan utk org tertentu sahaja, Ds Najib telah membuktikan bahawa perjuangan murni ini untuk semua umat islam di serata benua.. kami bangga mempunyai pemimpin seperti DS Najib. 


Monday 24 September 2012

Suara Pakatan rakyat hina tarian sumazau...?


Jet Peribadi: Mewahnya Pakatan Rakyat…





Tidak cukup dengan bas mewah, Pakatan Rakyat kini mempamerkan jet mewah pula dalam usaha mereka ‘mendekati’ rakyat marhaen. 

Jika dulu PR sering menuduh pemimpin BN suka bermewah dan membazir, dan sering menonjolkan imej pemimpin mereka sebagai zuhud, merendah diri dan berjimat cermat. Tetapi hari ini, itu semua hanya tinggal ‘kenangan’ kerana jelas pemimpin PR adalah jauh lebih mewah dari BN. 

Pemimpin BN diperuntukkan segala kemudahan oleh kerajaan, dan bukannya dengan menggunakan wang persendirian. Begitupun, tiada pemimpin BN yang sebegitu mewah, termasuk Perdana Menteri sendiri. 

Sebenarnya, kemewahan pemimpin PR, terutamanya Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang rahsia. Melihat dari cara hidup dan jumlah kunjungan beliau ke luar negara dalam setahun atau sebulan, tidak salah untuk dikatakan bahawa kemewahannnya adalah setanding atau lebih hebat dari seorang Ketua Negara. 

Mungkin Anwar yang dilaporkan hampir gila kerana tidak tertahan-tahan ingin menjadi Perdana Menteri sudah tidak sanggup lagi untuk berpura-pura. Beliau yang menjadi mewah secara mendadak, sejurus selepas menjawat jawatan di dalam kerajaan suatu ketika dahulu, tidak mampu lagi untuk menutup citarasanya ke arah kehidupan yang mewah secara melampau. 

Justeru, beliau sudah berminat lagi untuk menonjolkan imej zuhud yang dipakainya sebelum ini, tetapi mula menunjukkan warna dirinya yang sebenar kepada rakyat iaitu seorang yang penuh gaya dan bercitarasa tinggi. Tentu sekali, sebagai sahabat kepada tokoh-tokoh Zionis yang menguasai dunia, Anwar perlu membawa imej yang sesuai dengan kedudukannya. 

Khabarnya, jet tersebut disewa dari sebuah syarikat di Amerika Syarikat untuk digunakan khas bagi Anwar melawat Sabah, Sarawak dan Labuan. Turut bersama Anwar ialah Tian Chua dan beberapa pemimpin PR lain, termasuk Bendahari parti PAS. 

Nampaknya, Anwar benar-benar ingin menjalani kehidupan sebagaimana dirasakan ‘layak’ buat dirinya iaitu sebagai seorang yang sepatutnya menjadi ketua negara. Pastinya, lawatan ke Sabah, Sarawak dan Labuan begitu penting bagi Anwar sehinggakan kos sewaan dan segala perbelanjaan sampingan yang pastinya mencapai ratusan ribu kalaupun tidak jutaan ringgit tidak menjadi soal baginya. 

Atau mungkin juga, kos setakat itu hanyalah ‘di celah gigi’ saja baginya.. 

Dengan kemewahan Anwar dan PR yang melampau ini, dengan sendirinya segala fitnah mereka terhadap Datin Seri Rosmah yang kononnya suka bermewah dan membazir sudah tidak relevan lagi. 

Kini, PR tidak punya kredibiliti lagi untuk mencipta isu harga beg tangan atau cincin isteri Perdana Menteri, atau mempersoalkan keluarga Perdana Menteri membeli belah atau kos satu-satu majlis peribadi. 

Sedangkan di pihak PR sendiri, belum pun mendapat kuasa, jurang antara pemimpin PR dengan rakyat sudah begitu jauh sekali dan begitu ketara. 

Tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya jika Anwar dan PR benar-benar berkuasa. Agaknya, apakah jenis istana yang bakal didirikan mereka, yang pastinya lengkap dengan sistem keselamatan tercanggih ala Israel. Majlis-majlis keluarga mereka juga tentunya setanding dengan Presiden Amerika Syarikat layaknya dan mungkin dihadiri oleh artis-artis Hollywood juga. 

Tidak mampu rasanya walaupun hanya untuk membayangkan berapakah agaknya kos bagi merealisasikan ‘kehidupan di atas kayangan ini?’ 

Cakap-cakap di laman sosial kini berbunyi, jika PR selama ini memburukkan kerajaan atas alasan ‘membazir’, maka apakah menyewa jet mewah tersebut tidak membazir? Apakah Anwar itu terlalu tinggi kedudukannya sehingga tidak layak untuk menaiki kapal terbang biasa? Kenapa perlukan sebuah jet? Apa sebenarnya yang Anwar ingin buktikan atau tunjukkan kepada rakyat atau musuhnya? 

Rakyat wajar meneliti sifat suka bermewah dan membazir pemimpin PR dengan lebih serius. 

Jika PR diberi mandat, negara ini tidak mungkin mampu membiayai cara hidup mereka yang setanding pemimpin kuasa besar dunia. Apatah lagi jika segala janji-janji Buku Jingga ditunaikan di mana tol dihapuskan, hutang PTPTN dihapuskan, royalti minyak dinaikkan bagi negeri pengeluar minyak dan lain-lain janji manis lagi, yang mana pasti menyebabkan pendapatan negara berkurangan secara mendadak, maka bagaimana agaknya pemimpin-pemimpin ini akan memastikan cara hidup mewah mereka kekal?

Tentulah dengan cara membalikkan semua kos tersebut kepada pengguna a.k.a rakyat melalui cukai perkhidmatan dan barangan. Akhirnya, yang untung ialah golongan peniaga dan kaya, serta pemimpin PR. Dan yang menanggung sengsara adalah rakyat marhaen sekalian.

Thursday 6 September 2012

Kenapa bapa pelajar ni yg bersungguh nak merayu,.pelajar yg wat salah tu wat ape..dia yg nk blajar ke bapa dia yg nk belajar...


Bapa rayu beri peluang Muhammad Ammar teruskan pengajian di KTaC

BATU PAHAT 6 Sept. - Bapa Muhammad Ammar, 19, pelajar yang dibuang kolej kerana dipercayai menghina gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, merayu supaya anaknya itu diberi peluang untuk meneruskan pengajiannya.
A. Rahman Abdullah, 53, berkata, dia menyedari dan amat menyesali tindakan Muhammad Ammar, tetapi berharap pihak kolej mengenakan hukuman lebih ringan demi masa depan anaknya itu.
"Saya kesal dengan apa yang dilakukannya dan sekali lagi memohon maaf kepada semua.
"Saya akui dia sepatutnya memikirkan terlebih dahulu kesan perbuatan itu sebelum melakukannya, tetapi saya juga berharap agar dia diberi peluang kerana umurnya masih terlalu muda dan perjalanan hidupnya masih panjang," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Bagaimanapun, A. Rahman berkata, Muhammad Ammar yang berada di dalam rumah belum bersedia untuk ditemubual oleh pihak media dan lebih banyak mengurung diri di dalam bilik.
Dalam kejadian 30 Ogos lalu, bekas pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (KTaC) itu serta beberapa individu lain mencemar sambutan ambang kemerdekaan dengan menghina gambar Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor selain mengibar bendera lain, kononnya bagi menggantikan Jalur Gemilang jika Pakatan Pembangkang berjaya memerintah negara ini.
Muhammad Ammar ditahan polis kelmarin berhubung siasatan dia menunjukkan punggungnya kepada gambar Perdana Menteri dan isteri, bagaimanapun dibebaskan pada hari sama setelah keterangannya diambil.
Semalam Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Prof. Dr. Nazaruddin Mohamed berkata, Muhammad Ammar dikenakan tindakan buang kolej atas perbuatannya itu.
Keputusan itu katanya, dibuat setelah mengambil kira pengakuan bertulis penuntut terbabit dan peraturan tatatertib serta disiplin pihak kolej.-

sumber utusan online

UMNO bela maruah Islam


Machang: Datuk Seri Najib Razak berkata, UMNO akan membawa Islam ke arah
 kemajuan, bukan seperti Islam diperjuangkan PAS. 

Perdana Menteri berkata, UMNO juga mahu menebus maruah Islam dan meletakkannya 
di landasan yang tepat. Kita mahu menebus maruah Islam dan bukan Islam yang dipermainkan. Datuk Seri Hadi Awang (Presiden PAS) pernah berjanji menegakkan hudud di Terengganu sebaik saja fajar menyingsing (ketika PAS memerintah Terengganu), tapi akhirnya ia tidak dilaksanakan. 


Islam sebagai model 
Ambo (saya) ingin melihat angin perubahan di Kelantan. Islam sebagai satu model. Kita juga bawa perjuangan Islam, kita tidak mahu Islam yang mana hudud dijual sebagai model pilihan raya, katanya pada Majlis Jom Beraya Bersama Perdana Menteri, di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah, di sini semalam. Majlis itu mendapat sambutan apabila lebih 30,000 rakyat hadir. Najib juga mengumumkan projek membaik pulih 200 rumah di daerah itu dan memberi duit raya kepada anak yatim daripada Asrama Bakti Machang. Najib juga mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat kerana mengutuk pembuatan memijak gambarnya ketika Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka, malam 31 Ogos lalu. 

Utama perpaduan
 Saya mengutus surat peribadi kepada Tok Guru dengan mengucapkan terima kasih. Walaupun berbeza pendapat, kita boleh sepakat mengenai kepentingan umat Islam dan perpaduan, katanya. Najib juga menegaskan isu bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa bersamanya ketika di Makkah baru-baru ini adalah untuk mencari kata sepakat bagi kepentingan umat Islam sedunia. Mengulas mengenai Kelantan, Najib berkata, kemahuan rakyat negeri itu akan dimasukkan dalam manifesto dan akan diperjuangkan apabila Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya umum nanti. Kita masukkan apa saja yang rakyat Kelantan mahukan dan kita akan pastikan perkara itu satu janji yang ditepati apabila BN memerintah nanti, katanya. Perdana Menteri kagum dengan semangat rakyat beberapa negeri terhadap sambutan program UMNO dan BN yang menunjukkan rakyat memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap BN

Wednesday 5 September 2012

LASKAR GELOMBANG BIRU: Antara yang menarik di negeri selangor hasil pemer...

LASKAR GELOMBANG BIRU: Antara yang menarik di negeri selangor hasil pemer...: Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma NURUL RIDUAN NOR ASHAHA 6 September 2012 Kad cuci yang diberikan kepada pelanggan selepas...

Antara yang menarik di negeri selangor hasil pemerintahan Pakatan Rakyat...


Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma
NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
6 September 2012
Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma
Kad cuci yang diberikan kepada pelanggan selepas mencuci kereta di premis tersebut
Pelanggan cuci kereta ditawar seks percuma
Polis menahan sembilan wanita warga Vietnam dalam serbuan di premis berkenaan, kelmarin
SHAH ALAM – Cuci kereta sembilan kali dapat perkhidmatan seks secara percuma.

Itu promosi yang dibuat sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik kegiatan cuci kereta di Sunway Mentari, Petaling Jaya.

Bagi menarik minat pelanggannya, pemilik premis menawarkan sembilan pelacur warga Vietnam berusia 18 hingga 28 tahun.

Bagaimanapun, hanya pelanggan berbangsa Cina dibenarkan untuk mendapatkan promosi tersebut.

Pelanggan yang datang ke premis itu akan diberikan kad dan sekiranya cukup sembilan kali mencuci kereta, mereka boleh menebus seorang gadis di situ untuk aktiviti seks.

Bagaimanapun, taktik kotor premis yang beroperasi tiga bulan lalu itu terbongkar selepas diserbu polis, kelmarin, kira-kira jam 12 tengah malam.

Dalam serbuan itu, lima pelanggan sedang melakukan seks dan empat penjaga premis serta wanita yang menyalahgunakan pas lawatan tersebut ditahan.

Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri dan menyorok di dalam stor.

Polis turut menemui kad cuci kereta serta beberapa kondom yang disembunyikan di dalam ketuhar gelombang mikro.

Siasatan polis mendapati premis itu juga mengenakan bayaran RM130 hingga RM180 kepada pelanggan yang ingin mendapatkan perkhidmatan seks.

Dalam perkembangan lain, polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu dua premis yang menawarkan urutan batin oleh wanita warga China di Selayang, semalam.

Operasi yang diketuai Inspektor Mohamad Md Jaid itu menahan 12 tukang urut berusia 20 hingga 36 tahun.

Premis yang beroperasi tiga tahun lalu itu menyasarkan pemandu lori sebagai pelanggan tetap.

Lagi pergolakan dalam PAS....


Nasharudin dipecat 9 September?nasha.jpg







Oleh raja syahrir abu bakar
syahrir.bakar@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipercayai akan dipecat daripada parti itu pada Ahad ini, iaitu sempena mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat dan mesyuarat Majlis Syura Ulama parti tersebut.
Menurut sumber Pas, pemecatan Ahli Parlimen Bachok itu akan dipersetujui pada mesyuarat AJK Pas Pusat yang dikuasai oleh golongan ‘Anwarinas’ yang bersidang pada sebelah pagi 9 September ini.
Katanya, golongan ‘Anwarinas’ itu akan mempengaruhi mesyuarat Majlis Syura Ulama pada sebelah malam tarikh tersebut pula bagi memastikan Nasharudin dipecat.
“Difahamkan (Datuk Seri) Anwar telah memberi arahan kepada puak Anwarinas yang duduk sebagai AJK Pas Pusat untuk memecat Nasharudin pada mesyuarat AJK Pusat yang akan diadakan pada pagi 9 September
sumber utusanonline

Tuesday 4 September 2012

KANTOI !!! SANG SAKA MALAYA BUKAN BENDERA ASAL TANAH MELAYU




Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang diguba pakai dari 1896 hingga 1950
Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Malaya’ pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, Khamis lalu, bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai pelupa dan jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.




Menurutnya, warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

“Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu, tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

“Namun majoriti orang Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam, kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

“Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu, tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula,” katanya.

Semalam, Sinar Harian melaporkan blogger 'Singa Selatan' mengakui membawa bendera baru pada sambutan kemerdekaan tanah air kerana Sang Saka Malaya bendera itu adalah simbolik panji perjuangan dalam menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sementara itu, Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu.

Katanya, dakwaan bahawa bendera itu sebagai bendera asal adalah sesuatu yang amat bodoh dan cubaan mempersoalkan kedaulatan negara.

“Parti yang mendukung pembentukan Indonesia Raya telah diharamkan, tetapi penyokongnya masih ada, jadi mereka cuba membuat pembohongan besar dengan cuba menukar sejarah kononnya itu adalah bendera asal,” katanya.

PETIKAN SINAR

Komen
Jelas dan nyata bendera sang saka malaya memang ciptaan pakatan untuk menukar bendera jika mereka berjaya memerintah Malaysia.. Bendera sang saka malaya yang dikibarkan oleh pemuda pro pakatan pada malam kemerdekaan tempoh hari menimbulkan kegelisahan antara pemimpin pr.

Kebanyakkan rakyat Malaysia mengutuk tindakkan pembangkang yang mahu menukar bendera Malaysia kepada bendera mirip Singapura dan Indonesia.
dari blog -MEDAN TEMPUR

Wednesday 1 August 2012

Tangani segera lambakan pusat urut




Pusat hiburan banyak terdapat di sekitar Puchong.
KUALA LUMPUR 1 Ogos - Kekhuatiran beberapa pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dan pengguna mengenai lambakan pusat
 urut dan hiburan di negeri Selangor harus dipandang serius
semua pihak dan perlu ditangani segera.
Kebanjiran pusat-pusat yang tidak bermoral itu jelas membuktikan
kerajaan Selangor yang ditadbir Parti Keadilan Rakyat (PKR)
seolah-olah 'lepas tangan' dengan fenomena ini.
Bagi mendalami kegusaran beberapa NGO berkenaan,
wartawan Utusan Malaysiamembuat tinjauan ke beberapa
kawasan seperti di Seri Kembangan, Ampang dan Puchong.
Rata-rata mendapati kewujudan pusat urut mahupun
pusat hiburan dilihat tidak sesuai kerana berhampiran
dengan kawasan perumahan dan masjid.-UTUSAN